Potret perkahwinan: --- "KhairulNizam(yon_kn)" yon_kn@yahoo.com : Soalan: Assalamualaikum Encik RaaiMan ada pertanyaan ni: 1. Jika saya mengambil gambar potret/perkahwinan, lens antara 28mm-90mm....pada kedudukan berapa mm ianya terbaik untuk saya ambil gambar. Adakah50mm,60mm,70mm 80mm atau 90mm atau kurang dari 50mm.
2.Bagaimana pula jarang antara kamera dengan objek yang terbaik samada 4 kaki atau 6 kaki sebab pernah saya ambil gambar secara dekat dalam 2 kaki dengan objek tapi gambar menjadi kelabu seperti macam tidak ada flash langsung. Ketika itu saya guna flash 420EX canon dengan teknik bounce. 3. Jika saya mengambil gambar potret/majlis kahwin dan jurugambar pengantin telah memasang sportlight / lampu studio...adakah ketika itu perlu saya menggunakan teknik bounce dan meletakkan kad reflektor pada flash atau perlukah saya menggunakan kertas trassing pada flash untuk menghilangkan kesan bayang yang tebal di belakang pengantin. 4. Semasa saya menggunakan teknik bounce, kesan bayang masih kelihatan sedikit dan ada kalanya ia tidak kelihatan langsung. Apakah kesilapan atau kekurang teknik pada pandangan En RaaiMann dengan permasalahan ini. 5. Apakah SS dan fstop yang paling sesuai untuk mengambil gambar potret dengan menggunakan mode manual, flash bounce ke siling. Sekian terima kasih Wassalam C U N Take Care Jawapan: Assalamualaikum 1. Semua sudut yg sdra maksudkan baik. Cuma bergantung pada jarak antara model. katakan 90mm agak payah kerana anda perlu berada jauh dari model. ini mungkin terdapat halangan. Saya cadangkan 50 atau 60mm. Jangan kurang dari 50mm!! 2. Jangan terlalu dekat dengan model jika menggunakan bounch. Pastikan lantulan flash tidak berada atas kepala model. Jika berlaku, maka muka model gelap! 3.Kalau terdapat lampu spot vedio ada 2 cara. Satu gunakan filter biru untuk hilangkan kesan merah/kuning. Dan kalau boleh gunakan flash dengan tujuan boleh menghilangkan kesan merah. Yang terbaik tunggu sehingga lampu spot padam. minta kerja sama juruvedio off dulu. Tak tak boleh? sebab masa dia shot vedio kita berikerjasama tak on flash?kan 4. Pastikan objek tidak terlalu dekat dengan latarbelakang.
|